Thursday 23 June 2011

TOLONG HORMAT.....

الله اكبر الله اكبر
الله اكبر الله اكبر 
أَشهد أن لا اله الا الله 
أشهد أن لا اله الا الله
أشهد أن محمدا رسول الله
أشهد أن محمدا رسول الله
حي على الصلاة
حي على الصلاة
حي على الفلاح
حي على الفلاح
الله اكبر الله اكبر
لا اله الا الله 

LAUNGAN AZAN...
Seringkali kita dengar... tidak kira di mana.. samaada di dalam radio, mahupun secara langsung di masjid2 yang berdekatan... atau sebelum kita memulakan solat secara berjamaah di masjid2 atau surau2.. apakah yang dimaksudkan dengan kalimah2 suci ini?? Mari kita sama2 lihat dan hayati maknanya.......

' ALLAH MAHA BESAR.. ALLAH MAHA BESAR.. '
' ALLAH MAHA BESAR.. ALLAH MAHA BESAR..  '
' SESUNGGUHNYA AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.. '
' SESUNGGUHNYA AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.. '
' SESUNGGUHNYA AKU JUGA NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH
  ALLAH.. '
' SESUNGGUHNYA AKU JUGA NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH
  ALLAH.. '
' MARILAH MENGERJAKAN SOLAT.. '
' MARILAH MENGERJAKAN SOLAT.. '
' MARILAH MENUJU KEJAYAAN.. '
' MARILAH MENUJU KEJAYAAN.. '
' ALLAH MAHA BESAR.. ALLAH MAHA BESAR.. '
' TIADA TUHAN SELAIN ALLAH...... '

Sudah lihat? Hurm.. jadi, apakah yang sahabat2 rasa? Adakah benar sahabat2 dapat menghayati maksudnya? Jika benar, Alhamdulillah.. itu bererti sahabat2 masih mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap kalimah2 tersebut.. tetapi bagi yg TIDAK?? Bukan bermakna mereka yg tidak memahami maksud, tetapi mereka yg tidak MENGHAYATI dan MENGHORMATI kalimah2 AGUNG tersebut... ini seringkali terjadi!! Ya, terutama ketika mereka yang sedang asyik bersembang tentang hal2 duniawi, langsung tiada kesedaran untuk menghormati kalimah2 AGUNG itu ketika ianya sedang dilaungkan!! Hatta ketika sedang menunggu masuknya waktu solat ketika di masjid atau surau, apabila azan sedang dilaungkan, mereka masih lagi memperdengarkan suara2 mereka.. Apakah mereka merasakan, suara2 mereka lebih AGUNG dan lebih LAYAK untuk dihayati berbanding kalimah2 AGUNG ini?? Cukup jika hanya melihat pada persekitaran kita sahaja... Majlis Solat Hajat yg sepatutnya DIBERKATI, DIRAHMATI oleh ALLAH SWT.. tidak mustahil jika tiba2 tanpa kita sedar.. ianya DIBENCI dan DIMURKAI oleh ALLAH SWT atas KESOMBONGAN kita (HAMBA) terhadap-NYA (PENCIPTA).. Adalah lebih baik bagi mereka yang TIDAK MENGETAHUI maksud kalimah2 AGUNG  ini, tetapi mereka masih lagi DIAM, dan CUBA untuk MENGHAYATI serta MEMPELAJARI kalimah2 AGUNG ini berbanding dengan mereka yang bukan sahaja MENGETAHUI, malah MEMAHAMI maksud kalimah2 AGUNG INI.. tetapi tidak mampu untuk MENGHORMATI dan MENGHAYATINYA!!. ASTAGHFIRULLAHALA'ZIM.. sedarlah wahai sahabat2, kita dijadikan oleh pencipta AGUNG, ALLAH SWT.. jadi sudah seharusnya kita mengaitkan setiap kehidupan kita ini dengan-NYA.. Ibarat robot yg diciptakan tuannya, tentulah untuk dia berkhidmat kpd tuannnya... Apatah lagi kita sebagai manusia yg mempunyai akal fikiran dan dilantik oleh ALLAH SWT untuk menjadi khalifah ALLAH di muka BUMI ini.... kita manusia adalah sebaik-baik kejadian.... Pernah diceritakan suatu kisah benar pada zaman dahulu, seorang penyanyi wanita di kelab hiburan yg ditakdirkan oleh ALLAH SWT akhirnya dimasukkan ke dalam SYURGA.. apabila diselidiki, akhirnya ketemu satu jawapan yg sangat2 menginsafkan kita.. sepanjang hayat wanita ini, dia sangat menghormati AZAN.. apabila lagu2 yang sedang didendangkan, atau ketika sedang menyanyi, sebaik sahaja terdengar laungan AZAN, tanpa ragu2 dan kesombongan diri, wanita ini tadi terus mematikan muzik2 yg didendangkan dan terus berhanti menyanyi!! LIHAT!! bertapa seorang wanita yg kelihatan JAHIL pd HUKUM AGAMA, tetapi masih PINTAR dan CELIK pada KEBESARAN ALLAH... SUBHANALLAH.... Wahai sahabat2, bukan bermaksud untuk menghina, megutuk, serta mengatakan diri ini sempurna.. tetapi merupakan satu KEWAJIPAN saling mengingatkan antara sesama MUSLIM tentang KEJAHILAN diri... hatta ana sendiri mengingatkan diri ana.. Marilah kita sama2 cuba untuk mengubah tabiat kita yg dahulunya selalu bercakap ketika AZAN sedang dilaungkan, kepada menjawab AZAN... tak susah pon.. mari kita cuba....

الله اكبر الله اكبر
الله اكبر الله اكبر
أشهد ان لا اله الا الله
أشهد ان لا اله الا الله
أشهد ان محمدا رسول الله
أشهد ان محمدا رسول الله
لا حول ولا قوة الا بالله
لا حول ولا قوة الا بالله
لا حول ولا قوة الا بالله
لا حول ولا قوة الا بالله
الله اكبر الله اكبر
لا اله الا الله

sekiranya waktu AZAN subuh..

الصلاة خير من النوم
dijawab ( صدقت وبررت )


InsyaAllah.. kita sama2 perbaiki diri ke arah yg lebih baik.... Wallahu 'Alam

No comments:

Post a Comment