Tuesday 14 June 2011

TANPA KITA SEDAR.......

"Nasib baiklah ade si fulan, kalo tidak, mesti aku dah kebulur tak makan!"
"Nasib baik kau ade, kalo tak mati aku kena marah dgn cikgu!"
"Nasib baik aku datang jumpa kau kat sini, kalau tak??"
"Nasib baik polis cepat2 datang, kalau tidak dah teruk budak tu kena belasah!!"

Ungkapan2 di atas, atau yang sama waktu dengannya... sering kita ungkap tanpa kita sedar. Tapi, sedar x sedar.. sebenarnyer ungkapan nasib baik itu telah menarik kita secar halus ke arah "SYIRIK KECIL".. jika difikirkan balik, direnung kembali perkataan 'nasib baik' itu tadi, secara tidak langsung kita menganggap individu atau kelompok tersebut yang mempunyai kuasa menyelamatkan kita.. TAPI!! Bila kita renung sejenak, siapa sebenarnyer yang menjadi penggerak??? Apakah yang mendorong mereka membantu atau menyelamatkan kita dari kejadian tidak diingini?? Dialah yang menciptakan alam, Dialah yg menjadikan manusia dari sehina-hina air mani, Dialah yang menentukan Ganjaran Syurga mahupun Balasan Neraka bagi hamba2Nya, Dialah yg Maha Berkuasa..... ALLAH SWT..... Baiklah, ana berbesar hati mengajak antum berfikir sejenak.. tidak lama, hanya 5 minit sahaja.. Toiyyib.. pada pemikiran antum, siapa yang berkuasa memegang hati2 hambanya? Samaada  makhluk yg berakal ataupun tidak.. Siapa yg lebih mengetahui hati hamba2Nya? jawapannya masih sama.. ALLAH SWT... Sebenarnya, Allah jualah yg telah menggerakkan hati2 mereka ini tadi untuk membantu atau bertindak melakukan sesuatu.. Sekiranya Allah tidak melakukan demikian, adakah mereka ini akan bertindak?? sudah tetntu TIDAK.... kerana berbalik pada pernyataan tadi, hanya Allah yg memegang hati hamba2nya... Allah telah menggerakkan hati si fulan untuk memberikan makanan kpd si fulan yg lain.. Allah telah menggerakkan hati si anggota polis untuk meleraikan pergaduhan yg boleh membawa maut.. Sipa yg mengerakkan mereka? Sepertimana robot2 buatan manusia memerlukan kawalan, begitu juga dgn manusia dan makhluk2 lain... Alangkah indah, lagi molek, jika perkataan 'nasib baik' itu digantikan dgn perkataan 'ALHAMDULILLAH..' Kenapa??? hmm.. jawapan yg paling tepat adalah... kerana Allahlah yg memegang hati hamba2Nya, yg mengerakkan hamba2Nya, dan  masih menyayangi hamba2Nya.. setiap kejadian yg berlaku pasti ada hikmahnya... PASTI!! jauhilah dari trperosok ke kancah syirik, HATTA syirik KECIL!! Jadi sahabat2 sekalian, marilah kita sama2 menukar kelaziman atau tabiat kita yg sering menyebut 'nasib baik' kpd kalimah 'ALHAMDULILLAH'... kalimah yg pendek, senang disebut, dan paling penting dan SYOK sekali... sambil menyelam minum air... senang nak menyebut, pahala zikir pon..... dapat!!!! IYE DOK???

"ALHAMDULILLAH ade si fulan, kalo tidak, mesti aku dah kebulur tak makan!"
"ALHAMDULILLAH kau tolong, kalo tak mati aku kena marah dgn cikgu!"
"ALHAMDULILLAH ALLAH gerakkan hati aku datang jumpa kau kat sini, kalau tak??"
"ALHAMDULILLAH polis cepat2 datang, kalau tidak dah teruk budak tu kena belasah!!"

senangkan?? takper2, kita cuba.. kita cuba....... beristiqamahlah..... Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment