Sunday 8 January 2012

ANGGUK GELENG 1 - 50 SeN vs RM50

Pada suatu hari, syiling 50 sen bertemu dengan kawan lamanya, duit kertas RM50. Dek terlalu sibuk bermusafir sana sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua. Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu berjalan sakan, sampailah ke luar negara pun sudah dijelajahnya. Duit syiing 50sen, khidmatnya terbatas dalam negara sahaja. Wang kertas RM50 baru pulang dari Paris ditegur oleh duit syiling 50sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli belah di ibu kota baru-baru ini. "Assalamualaikum. Apa khabar, lama tak nampak?" "Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah sihat, tetapi penatlah sikir," jawab wang kertas RM50 ringkas. "Kenapa pula penat?" "Aku ni, serata dunia pergi. Singapura, Indonesia, Eropah dan macam-macam tempat. Masuk hotel, pawagam, pasar raya dan banyak lagilah. "Hah, kau pula macam mana sekarang ni? Lama tak nampak" Kini giliran wang kertas RM50 pula bertanya khabar wang syiling 50sen. "Huh, aku macam tu la juga! Masuk tandas awam, kedai runcit,. Keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Aku ni tidak sempat merasai ke luar negara macam engkau tu." "Ooo, begitu". Mereka diam seketika. Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut-rebut membeli belah. Alah membeli menang memakai la tu. "Eh... engkau bila lagi nak masuk masjid?" tiba-tiba wang syiling 50sen bertanya memecahkan kesepian. Wang kertas RM50 menoleh memandang wang syiling 50sen, kelu seketika. "Kenapa engkau tanya aku pula, tanyalah orang ramai yang membeli-belah tu." Serentak mereka tersenyum, senyum kambing. 

pEnGaJaRaN~  Apabila ingin menderma di masjid, jangan hanya bagi duit syiling sahaja. Jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberi dengan nilai khidmat tandas awam yang kita biasa guna. Apa salahnya jika sekali-sekala hulurlah pula duit kertas....

*SUMBER : SOLUSI, ISU NO 37 - KAYA ANTARA REALITI DAN ILUSI (ms 112)

Wednesday 14 September 2011

RINGKAS...TAPI PADAT

Ringkas, tapi padat... Agama Islam memang membenarkan rukhsah, iaitu keringanan.. tetapi, ramai yang salah anggap ape yg dimaksudkan dengan keringanan.. malah mungkin mereka ini  menganggap apa yang mereka lakukan ini sebagai satu keringanan... walaupun sudah bertudung litup, tetapi masih menyumbangkan suara mereka untuk halwa telinga kaum ajnabi.. sudah jelas pelaku ini adalah seorang perempuan.. malah menganggap baju kurung sebagai identiti diri supaya dikenali dan menyanyi untuk didengari kaum ajnabi.. juga jelas, pelakunya adalah perempuan..  Apakah yang mendorong mereka melakukan sedemikian? Asal sudah bertudung, janji sudah menutup aurat? Asal berbaju kurung, sudah dikira menutup aurat? Ya Allah, apakah yang sebenarnya ingin disampaikan oleh pelaku-pelaku ini? Mungkin mereka ingin menyampaikan lagu2 bekonsepkan KETUHANAN seperti penyanyi-penyanyi nasyid wanita yang lain.. tetapi TIDAK!! malah lagu2 yang boleh menimbulkan nafsu dan melalaikan yg diketengahkan oleh mereka ini.. bukan sahaja artis, malah orang biasa juga RAMAI yang bertindak sedemikian.. Mereka ini tidak jahat, tetapi masih lagi samar2 dan keliru dengan tujuan mereka BERTUDUNG dan BERBAJU KURUNG.. ketahuilah kaum wanita ISLAM sekalian, AURAT wanita dengan AJNABI seluruh anggota badan kecuali kedua belah tapak tangan.. hatta SUARA juga HARAM dilunakkan denga tujuan yg tidak penting.. masih ada masa untuk dibetulkan dan dihindarkan... kamu semua adalah benteng untuk membantu muslimin memperjuangkan syiar ISLAM... bantulah kaum muslimin menjaga IMAN dan AKIDAH mereka dari dirosakkan oleh WANITA2 yg akan menarik mereka ke lembah JAHANNAM.. pelajarilah hukum2 agama dengan lebih dalam.. InsyaAllah, kita akan dapat merasa nikmatnya ISLAM.. Kita boleh.... kita boleh...... kita boleh.. InsyaAllah.....

Sunday 3 July 2011

HAKIKAT YANG BERAT

Bacaan Asmaul Husna sedang dialunkan tatkala perhimpunan pagi di dataran sekolah. Dengan penuh semangat, Nama2 Agung itu dilaungkan dengan kuat dan lantang! Meremang bulu roma sesiapa yg mendengar gempita suara2 mereka.. Eh!! tunggu sekejap.... kenapa kelihatan ramai pelajar yg sedang bergelak ketawa, bergoyang2 dan bertepuk tampar sesama mereka?? Yg anehnya, kelihatan mulut mereka sedang terkumat kamit mengalunkan kalimah2 Asamaul Husna, Nama Nama Allah!!! MasyaAllah.... ternyata mereka hanya menyebut Nama2 Allah itu hanya melalui lisan, bukan melalui penghayatan yg sebenarnya!! Zahiriah, hanya suara2 mereka sahaja yg kedengaran bersungguh2, tetapi batin mereka?? Tanpa mereka sedar, atau pura2 tidak sedar mereka sudah mempermainkan kalimah2 Agung?? Keadaan berterusan sehingga ke penghabisan Nama2 Allah itu dialunkan. Tiba2 kedengaran muzik dari radio sekolah, rentaknya seperti orang mahu pergi berperang. Eh!! pelik. Kenapa tiba2 mereka semua berdiri tegak? Mereka yg bergelak ketawa, bergoyang2 dan bertepuk tampar ketika Nama2 Allah dilaungkan tadi juga terus berdiri tegak! Lagak mereka seperti askar! Oh, sekarang sedang didendangkan lagu Negaraku.. Wah,, patutlah semuanya nampak bersemangat!!! Dari mula lagu itu didendangkan, mereka tidak bergerak sedikit pon... terus berdiri tegak hingga ke penghabisan!!! Astaghfirullah.... Baru kini kelihatan bagaimana sikap umat Islam zaman sekarang ini.. Lagu Negaraku yg tidak membawa makna apa2pun pada manusia, hanya lagu yg dicipta manusia itu lebih dihormati dan diagungkan, berbanding Nama2 Allah!! Nama2 Agung yg mempunyai makna2 yg mulia!! Nama2 dr Pencipta Agung yg tidak pernah berubah dan takkan berubah hingga KIAMAT!! Siapa sebenarnya pemberi rezeki, pemberi nikmat, pemberi nyawa dan keindahan Islam kpd manusia selain Allah?? Jadi, mengapa sesuatu benda yg diciptakan oleh manusia iaitu ciptaan Allah juga yg menjadi agung di sisi mereka? Tidakkah mereka sedar sekiranya tindakan mereka itu bisa menjerumuskan mereka ke kancah SYIRIK?? Sedang dari sekolah mereka sudah bersikap mengagungkan mahluk ciptaan berbanding Pencipta, apatah lagi setelah mereka dewasa... pasti mereka akan lebih mengagung2kan makhluk berbanding Pencipta!! Sedangkan, lagu2 hiburan ciptaan makhluk juga sanggup mereka hafazkan, dan dipraktikkan dengan penuh penghayatan sejak dari mereka masih dibangku sekolah.. tetapi, bila ditanya tentang maksud Nama2 Allah, hanya mampu tersengih2.. cukup sekadar menghafaz kerana rutin harian sebelum memulakan perhimpunan rasmi setiap minggu... Bukan tatkala perhimpunan, malah ketika acara2 rasmi juga Nama2 Allah yg Agung ini sering diperlekeh.. Bahkan, mereka yg dewasa juga mengagungkan lagu2 ciptaan makhluk berbanding Nama2 Agung pencipta!! Mendahulukan lagu2 ciptaan makhluk berbanding Nama2 Agung tersebut. Malah ada yg lebih teruk, langsung tidak dialunkan Nama2 Allah sepanjang majlis.. Mereka benar2 sudah lupa akan siapa Penguasa dan Pemberi nikmat kpd mereka.. Ya Allah, Kau ampunilah kekhilafan mereka.. janganlah Kau palingkan hati2 mereka dari AgamaMU.. janganlah ditarik nikmat Islam dari mereka Ya Allah.. Sesungghunya, HidayahMU amat besar ertinya bagi hamba2MU.... Ampunilah mereka Ya Allah.... AMIN

Thursday 23 June 2011

TOLONG HORMAT.....

الله اكبر الله اكبر
الله اكبر الله اكبر 
أَشهد أن لا اله الا الله 
أشهد أن لا اله الا الله
أشهد أن محمدا رسول الله
أشهد أن محمدا رسول الله
حي على الصلاة
حي على الصلاة
حي على الفلاح
حي على الفلاح
الله اكبر الله اكبر
لا اله الا الله 

LAUNGAN AZAN...
Seringkali kita dengar... tidak kira di mana.. samaada di dalam radio, mahupun secara langsung di masjid2 yang berdekatan... atau sebelum kita memulakan solat secara berjamaah di masjid2 atau surau2.. apakah yang dimaksudkan dengan kalimah2 suci ini?? Mari kita sama2 lihat dan hayati maknanya.......

' ALLAH MAHA BESAR.. ALLAH MAHA BESAR.. '
' ALLAH MAHA BESAR.. ALLAH MAHA BESAR..  '
' SESUNGGUHNYA AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.. '
' SESUNGGUHNYA AKU NAIK SAKSI BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.. '
' SESUNGGUHNYA AKU JUGA NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH
  ALLAH.. '
' SESUNGGUHNYA AKU JUGA NAIK SAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH
  ALLAH.. '
' MARILAH MENGERJAKAN SOLAT.. '
' MARILAH MENGERJAKAN SOLAT.. '
' MARILAH MENUJU KEJAYAAN.. '
' MARILAH MENUJU KEJAYAAN.. '
' ALLAH MAHA BESAR.. ALLAH MAHA BESAR.. '
' TIADA TUHAN SELAIN ALLAH...... '

Sudah lihat? Hurm.. jadi, apakah yang sahabat2 rasa? Adakah benar sahabat2 dapat menghayati maksudnya? Jika benar, Alhamdulillah.. itu bererti sahabat2 masih mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap kalimah2 tersebut.. tetapi bagi yg TIDAK?? Bukan bermakna mereka yg tidak memahami maksud, tetapi mereka yg tidak MENGHAYATI dan MENGHORMATI kalimah2 AGUNG tersebut... ini seringkali terjadi!! Ya, terutama ketika mereka yang sedang asyik bersembang tentang hal2 duniawi, langsung tiada kesedaran untuk menghormati kalimah2 AGUNG itu ketika ianya sedang dilaungkan!! Hatta ketika sedang menunggu masuknya waktu solat ketika di masjid atau surau, apabila azan sedang dilaungkan, mereka masih lagi memperdengarkan suara2 mereka.. Apakah mereka merasakan, suara2 mereka lebih AGUNG dan lebih LAYAK untuk dihayati berbanding kalimah2 AGUNG ini?? Cukup jika hanya melihat pada persekitaran kita sahaja... Majlis Solat Hajat yg sepatutnya DIBERKATI, DIRAHMATI oleh ALLAH SWT.. tidak mustahil jika tiba2 tanpa kita sedar.. ianya DIBENCI dan DIMURKAI oleh ALLAH SWT atas KESOMBONGAN kita (HAMBA) terhadap-NYA (PENCIPTA).. Adalah lebih baik bagi mereka yang TIDAK MENGETAHUI maksud kalimah2 AGUNG  ini, tetapi mereka masih lagi DIAM, dan CUBA untuk MENGHAYATI serta MEMPELAJARI kalimah2 AGUNG ini berbanding dengan mereka yang bukan sahaja MENGETAHUI, malah MEMAHAMI maksud kalimah2 AGUNG INI.. tetapi tidak mampu untuk MENGHORMATI dan MENGHAYATINYA!!. ASTAGHFIRULLAHALA'ZIM.. sedarlah wahai sahabat2, kita dijadikan oleh pencipta AGUNG, ALLAH SWT.. jadi sudah seharusnya kita mengaitkan setiap kehidupan kita ini dengan-NYA.. Ibarat robot yg diciptakan tuannya, tentulah untuk dia berkhidmat kpd tuannnya... Apatah lagi kita sebagai manusia yg mempunyai akal fikiran dan dilantik oleh ALLAH SWT untuk menjadi khalifah ALLAH di muka BUMI ini.... kita manusia adalah sebaik-baik kejadian.... Pernah diceritakan suatu kisah benar pada zaman dahulu, seorang penyanyi wanita di kelab hiburan yg ditakdirkan oleh ALLAH SWT akhirnya dimasukkan ke dalam SYURGA.. apabila diselidiki, akhirnya ketemu satu jawapan yg sangat2 menginsafkan kita.. sepanjang hayat wanita ini, dia sangat menghormati AZAN.. apabila lagu2 yang sedang didendangkan, atau ketika sedang menyanyi, sebaik sahaja terdengar laungan AZAN, tanpa ragu2 dan kesombongan diri, wanita ini tadi terus mematikan muzik2 yg didendangkan dan terus berhanti menyanyi!! LIHAT!! bertapa seorang wanita yg kelihatan JAHIL pd HUKUM AGAMA, tetapi masih PINTAR dan CELIK pada KEBESARAN ALLAH... SUBHANALLAH.... Wahai sahabat2, bukan bermaksud untuk menghina, megutuk, serta mengatakan diri ini sempurna.. tetapi merupakan satu KEWAJIPAN saling mengingatkan antara sesama MUSLIM tentang KEJAHILAN diri... hatta ana sendiri mengingatkan diri ana.. Marilah kita sama2 cuba untuk mengubah tabiat kita yg dahulunya selalu bercakap ketika AZAN sedang dilaungkan, kepada menjawab AZAN... tak susah pon.. mari kita cuba....

الله اكبر الله اكبر
الله اكبر الله اكبر
أشهد ان لا اله الا الله
أشهد ان لا اله الا الله
أشهد ان محمدا رسول الله
أشهد ان محمدا رسول الله
لا حول ولا قوة الا بالله
لا حول ولا قوة الا بالله
لا حول ولا قوة الا بالله
لا حول ولا قوة الا بالله
الله اكبر الله اكبر
لا اله الا الله

sekiranya waktu AZAN subuh..

الصلاة خير من النوم
dijawab ( صدقت وبررت )


InsyaAllah.. kita sama2 perbaiki diri ke arah yg lebih baik.... Wallahu 'Alam

Tuesday 14 June 2011

TANPA KITA SEDAR.......

"Nasib baiklah ade si fulan, kalo tidak, mesti aku dah kebulur tak makan!"
"Nasib baik kau ade, kalo tak mati aku kena marah dgn cikgu!"
"Nasib baik aku datang jumpa kau kat sini, kalau tak??"
"Nasib baik polis cepat2 datang, kalau tidak dah teruk budak tu kena belasah!!"

Ungkapan2 di atas, atau yang sama waktu dengannya... sering kita ungkap tanpa kita sedar. Tapi, sedar x sedar.. sebenarnyer ungkapan nasib baik itu telah menarik kita secar halus ke arah "SYIRIK KECIL".. jika difikirkan balik, direnung kembali perkataan 'nasib baik' itu tadi, secara tidak langsung kita menganggap individu atau kelompok tersebut yang mempunyai kuasa menyelamatkan kita.. TAPI!! Bila kita renung sejenak, siapa sebenarnyer yang menjadi penggerak??? Apakah yang mendorong mereka membantu atau menyelamatkan kita dari kejadian tidak diingini?? Dialah yang menciptakan alam, Dialah yg menjadikan manusia dari sehina-hina air mani, Dialah yang menentukan Ganjaran Syurga mahupun Balasan Neraka bagi hamba2Nya, Dialah yg Maha Berkuasa..... ALLAH SWT..... Baiklah, ana berbesar hati mengajak antum berfikir sejenak.. tidak lama, hanya 5 minit sahaja.. Toiyyib.. pada pemikiran antum, siapa yang berkuasa memegang hati2 hambanya? Samaada  makhluk yg berakal ataupun tidak.. Siapa yg lebih mengetahui hati hamba2Nya? jawapannya masih sama.. ALLAH SWT... Sebenarnya, Allah jualah yg telah menggerakkan hati2 mereka ini tadi untuk membantu atau bertindak melakukan sesuatu.. Sekiranya Allah tidak melakukan demikian, adakah mereka ini akan bertindak?? sudah tetntu TIDAK.... kerana berbalik pada pernyataan tadi, hanya Allah yg memegang hati hamba2nya... Allah telah menggerakkan hati si fulan untuk memberikan makanan kpd si fulan yg lain.. Allah telah menggerakkan hati si anggota polis untuk meleraikan pergaduhan yg boleh membawa maut.. Sipa yg mengerakkan mereka? Sepertimana robot2 buatan manusia memerlukan kawalan, begitu juga dgn manusia dan makhluk2 lain... Alangkah indah, lagi molek, jika perkataan 'nasib baik' itu digantikan dgn perkataan 'ALHAMDULILLAH..' Kenapa??? hmm.. jawapan yg paling tepat adalah... kerana Allahlah yg memegang hati hamba2Nya, yg mengerakkan hamba2Nya, dan  masih menyayangi hamba2Nya.. setiap kejadian yg berlaku pasti ada hikmahnya... PASTI!! jauhilah dari trperosok ke kancah syirik, HATTA syirik KECIL!! Jadi sahabat2 sekalian, marilah kita sama2 menukar kelaziman atau tabiat kita yg sering menyebut 'nasib baik' kpd kalimah 'ALHAMDULILLAH'... kalimah yg pendek, senang disebut, dan paling penting dan SYOK sekali... sambil menyelam minum air... senang nak menyebut, pahala zikir pon..... dapat!!!! IYE DOK???

"ALHAMDULILLAH ade si fulan, kalo tidak, mesti aku dah kebulur tak makan!"
"ALHAMDULILLAH kau tolong, kalo tak mati aku kena marah dgn cikgu!"
"ALHAMDULILLAH ALLAH gerakkan hati aku datang jumpa kau kat sini, kalau tak??"
"ALHAMDULILLAH polis cepat2 datang, kalau tidak dah teruk budak tu kena belasah!!"

senangkan?? takper2, kita cuba.. kita cuba....... beristiqamahlah..... Wallahu A'lam

SYUKUR............

Alhamdulillah.... syukur ke hadrat Allah SWT sebab ana masih diberi peluang untuk buat blog yg baru ni... Erm,, 'PENYELAMAT'.. Itulah tujuan utama ana buat blog ni.. Bagi ana, misi ana dan sahabat2 yg lain belum selesai...  Teringat kata2 seorang penyelaras salah satu program yg ana pernah pergi.. Berdakwah melalui blog juga salah satu cara yg terbaik.. ana jugak teringat kata2 salah seorang penulis novel islamik, buku2 motivasi, penulis blog terkenal yg turut menyatakan bahawa, sekiranya kita tidak mampu berdakwah melalui kata2, lakukan dengan penulisan.. Sebenarnya, dakwah ini bukan hanya melalui ceramah2, slot2, atau apa2 sahaja yg berkaitan dengan percakapan.. tapi juga, boleh dilakukan dalam bentuk penulisan... Kesimpulannya, jalan dakwah itu luas.. Islam itu adalah agama yg mudah.. Sebab misi ini, ana membina 1 blog yg mana ana akan berusaha untuk 'menyelamatkan' kembali umat2 akhir zaman ni, terutama skali diri ana sendiri... diharap, samalah2 kita memperbaiki diri kita untuk kita mempunyai kekuatan bagi membaiki orang lain.... Samaada yang memang lahir dgn fitrahnya Islam atau yg masih belum mengenal dan meneroka keindahan Islam dan apakah Islam itu sendiri... Wallahu A'lam