Sunday 3 July 2011

HAKIKAT YANG BERAT

Bacaan Asmaul Husna sedang dialunkan tatkala perhimpunan pagi di dataran sekolah. Dengan penuh semangat, Nama2 Agung itu dilaungkan dengan kuat dan lantang! Meremang bulu roma sesiapa yg mendengar gempita suara2 mereka.. Eh!! tunggu sekejap.... kenapa kelihatan ramai pelajar yg sedang bergelak ketawa, bergoyang2 dan bertepuk tampar sesama mereka?? Yg anehnya, kelihatan mulut mereka sedang terkumat kamit mengalunkan kalimah2 Asamaul Husna, Nama Nama Allah!!! MasyaAllah.... ternyata mereka hanya menyebut Nama2 Allah itu hanya melalui lisan, bukan melalui penghayatan yg sebenarnya!! Zahiriah, hanya suara2 mereka sahaja yg kedengaran bersungguh2, tetapi batin mereka?? Tanpa mereka sedar, atau pura2 tidak sedar mereka sudah mempermainkan kalimah2 Agung?? Keadaan berterusan sehingga ke penghabisan Nama2 Allah itu dialunkan. Tiba2 kedengaran muzik dari radio sekolah, rentaknya seperti orang mahu pergi berperang. Eh!! pelik. Kenapa tiba2 mereka semua berdiri tegak? Mereka yg bergelak ketawa, bergoyang2 dan bertepuk tampar ketika Nama2 Allah dilaungkan tadi juga terus berdiri tegak! Lagak mereka seperti askar! Oh, sekarang sedang didendangkan lagu Negaraku.. Wah,, patutlah semuanya nampak bersemangat!!! Dari mula lagu itu didendangkan, mereka tidak bergerak sedikit pon... terus berdiri tegak hingga ke penghabisan!!! Astaghfirullah.... Baru kini kelihatan bagaimana sikap umat Islam zaman sekarang ini.. Lagu Negaraku yg tidak membawa makna apa2pun pada manusia, hanya lagu yg dicipta manusia itu lebih dihormati dan diagungkan, berbanding Nama2 Allah!! Nama2 Agung yg mempunyai makna2 yg mulia!! Nama2 dr Pencipta Agung yg tidak pernah berubah dan takkan berubah hingga KIAMAT!! Siapa sebenarnya pemberi rezeki, pemberi nikmat, pemberi nyawa dan keindahan Islam kpd manusia selain Allah?? Jadi, mengapa sesuatu benda yg diciptakan oleh manusia iaitu ciptaan Allah juga yg menjadi agung di sisi mereka? Tidakkah mereka sedar sekiranya tindakan mereka itu bisa menjerumuskan mereka ke kancah SYIRIK?? Sedang dari sekolah mereka sudah bersikap mengagungkan mahluk ciptaan berbanding Pencipta, apatah lagi setelah mereka dewasa... pasti mereka akan lebih mengagung2kan makhluk berbanding Pencipta!! Sedangkan, lagu2 hiburan ciptaan makhluk juga sanggup mereka hafazkan, dan dipraktikkan dengan penuh penghayatan sejak dari mereka masih dibangku sekolah.. tetapi, bila ditanya tentang maksud Nama2 Allah, hanya mampu tersengih2.. cukup sekadar menghafaz kerana rutin harian sebelum memulakan perhimpunan rasmi setiap minggu... Bukan tatkala perhimpunan, malah ketika acara2 rasmi juga Nama2 Allah yg Agung ini sering diperlekeh.. Bahkan, mereka yg dewasa juga mengagungkan lagu2 ciptaan makhluk berbanding Nama2 Agung pencipta!! Mendahulukan lagu2 ciptaan makhluk berbanding Nama2 Agung tersebut. Malah ada yg lebih teruk, langsung tidak dialunkan Nama2 Allah sepanjang majlis.. Mereka benar2 sudah lupa akan siapa Penguasa dan Pemberi nikmat kpd mereka.. Ya Allah, Kau ampunilah kekhilafan mereka.. janganlah Kau palingkan hati2 mereka dari AgamaMU.. janganlah ditarik nikmat Islam dari mereka Ya Allah.. Sesungghunya, HidayahMU amat besar ertinya bagi hamba2MU.... Ampunilah mereka Ya Allah.... AMIN

No comments:

Post a Comment